Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Rabu, 13 Jun 2012

sesingkat ini

Sesingkat ini, perjalanan ku mencecah 20 an...., ku temu erti rindu dikala berpisah, namun kisah hidup yang tidak begitu sengsara, natijah dari bibit-bibit pertemuan yang menjaga, bersyukur namun masih kurang syukurku, menangis bila harta yang dipinjam diambil kembali, siapa aku untuk mempertikaikan hak yang bukan lagi milik ini, namun diri kan terus berusaha, direhatkan kerana kelelahan telah terasa, dan hati terus menyembunyikan sakit,, menafikan gelora jiwa saat hidup diduga, masih banyak yang perlu dipelajari, hidup umpama laut, pertemuan dan perpisahan umpama ombak, datang dan pergi, mampukah aku menyekat segala yang menjadi sunatullah, bukankan hanya cinta-Nya yang setia menemani, dari belum ada diri ini, hingga nyawa tamat dan tidak akan lagi aku kembali, bermaknakah derita merindu, andai bukan kerana -Mu, ingin ku ukir senyum, menjadikan hidup ini sentiasa mudah seiring lafaz syukur,tasbih, dan tahmid kepada -Mu, senyum dan terus tersenyum, kerana musibah itu rahmat tersembunyi dari-Mu, dan anugerah itu motivasi untuk aku terus berharap pada-Mu, ombak kan tersu datang dan pergi, rahmat-Mu umpama langit yang sentiasa setia menemani pemandangan pantai, kasih Mu semakin terus mendekati, dan terus diselami, oleh insani yang terlalu rindukan pertemuan dengan-Mu, Ya ar ahman rahimin..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan