Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Selasa, 19 Jun 2012

melangkah ke syurga dengan mu

deruan darah menggila,
seperti ombak datang dan pergi,
begitulah iman yang ada naik turunnya,
namun rindu tak pernah surut,
untuk bertemu buah hati,
buah hati yang menguatkan matlamat diri,
bertemu kekasih yang Utama pasti,
siapakah dirinya yang bakal mengganti,
namun belum sedia untuk ku kenal lagi,
apakah mungkin bertemu disini,
atau yang sedia ku kasihi kekal disini,
wahai kau yang ku rindu,
walau berjauhan dari pandanganku,
namun sering ku sebut dalam doaku,
agar melangkah sama ke syurga denganmu,

ingin ku dakapimu sepuasku,
agar disyurga kita ulangi kebahagian itu,
mengaji, berzikir , dan mentadaburi alam denganmu,
kenangan terindah hadir untukku,
tak mungkin ku lemah tanpa dirimu,
kerana rindumu azimat pengukuh jati diriku,
jika bibir mentasbih rindu,
imanku mengucap hamdalah pabila terkenangkanmu..
buatmu.....yang ku rindu untuk bertemu......

Note : jom tumpahkan radix dikedai mamak....mcm tumpahkan milo0 dulu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan