Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Rabu, 15 Ogos 2012

Bicara hati

Terasa saat ini air mata seperti ingin mengalir saat dia berbicara. Suara yang kecil ibarat mata pedang yang halus menikam. Aku dihukum tanpa diberi peluang membela diri. Saat  itu ku tundukkan pandangan ku dan terasa sukar sekali matanya untuk ku tatap. Sekali pun sahabat sefikrah, kita masih belum kenal, jiwa kau dan aku masih ada sesuatu yang kurang, kurang untuk buat kita berdua bersatu hati untuk menyatu memperjuangkan agama Allah.

Saat lappy kesayangan di on kan, wajah insan yang jauh nun di selatan sana yang ku sayang terpapar, mungkin dia sedang sibuk saat ini. Ingin sekali ku kongsikan luahan hati, ingin ku bicarakan kesedihan yang sangat mengigit di ruang sanubari, namun tidak mahu ku rosakkan mood hari raya dia dan keluarganya yang mahu beraya sambul melancong ke kelantan.

Begitu mudah mereka menuduh,
begitu mudah mereka menghukum,
ingin sekali ku suarakan dengan lantang,
pada mereka yang mencari-cari salahku,
carilah lagi
masih banyak kesalahan dan kelemahan ku yang belum kalian ketahui,
Aku bahagia walau sanubariku masih menyucuk rasa,
manakan tidak hatiku masih belum sesuai menerima aku hari ini,
keterpaksaan ini memenjara kan aku seumur hidup,
aku benci sekali diperintah dan dipaksa,
kecuali tunduk taatku pada Dia selayakknya.
aku ingin melakukan itu dan ini,
hanya kerana perintahNya,
aku menahan gelojak jiwa manusiaku yang suka berbuat dosa,

Aku teringat kata sahabat yang sentiasa memberi kan aku secebis motivasi untuk ku teruskan sisa perjuanganku dalam mencari redha orang tua dan terutama sekali Allah. walau sering gagal dalam imtihan aku cuba bertahan hatiku yang ingin sekali lantang berbicara. Perjuangan ini tidak mudah, benar aku lemah, mengantuk, mudah tidur,lembab dan segalanya dilemparkan pada ku, bibirku mengukur senyum . Bukan menganjing akan kelemahan sendiri, aku cuma mahu memujuk hati agar terus berusaha memenuhi kemahuan orang tua.


Dalam sepi ku disaat ini, syukur  kepada-Nya masih meniti dibibir hanya tidak nyata. walau lemah aku dipandangan mata siapapun aku masih memenjat syukur. Walaupun hanya Allah yang tahu apa yang tersembunyi dan kekecewaan yang tertanam di lautan sanubari,sekurang-kurangnya aku masih mampu bertahan disini . walau sering gagal Allah masih mengajar ku erti sabar dibenci orang, erti sabar belajar pada semua yang permulaannya gagal.kerana Allah ingin mengajarkan 99% cara yang tak betul yang tak patut aku buat.


Dia yang tersayang mungkin menyisa rasa dengan sikap kebelaknganku, atau jua mungkin alasan untuk mengajar sikap suka mendesakku. Tidak ku salahkan dirinya, hanya kerana diriku lemah yang tak mampu ku harungi hidup tanpa dia yang sangat ku sayang menemani. Walau pun berbatas teman cuma, benar kadang-kadang lemah dengan sikap ku yang sukar menerima keadaan, namun hati dan pemikiran ku perlu waktu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan