Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Ahad, 5 Ogos 2012

Nur....

Nur melepaskan keluhan berat. Dia tidak merasa kuat untuk terus menghidu udara pagi. Jika dahulunya mudah, kini terasa berat. Ingin sekali dia melepaskan bebanan yang tak tertanggung di bahu. Namun, bukan mudah bebanan berat dilepaskan tanpa persediaan, boleh jadi dia akan mati terus.

    Kakinya melangkah longlai menuju kelas. Semangat yang hilang kini umpama nyawa-nyawa ikan. ibarat hidup segan mati tak mahu. Nur teruskan melangkah. Dihatinya terwujud sebuah doa yang maha dasyat.

"Biarlah orang terus melabel apa pun aku, hanya Allah yang Maha Mengetahui"

Hati  Nur terus berbisik. Kelas di tempat pengajian baru tidak begitu membuatnya bersemangat. Kadangkala Nur menjadi keliru. Dia rindukan suasana hikmah yang dapat diteguk saat hatinya merasakan manisnya belajar sebagai ibadah. Mungkin hatinya perlu waktu. Dia hanya perlu bersedia.

"Astaghafirullah, ..aku tahu itu salah namun..." Nur tidak mampu meneruskan kalimah dihatinya yang sedang berbisik. Dia sedang merusaha melindungi, namun sangat berat jiwanya menolak kehendak hati.

Nur segera menghubungi sahabatnya. Nur tidak menceritakan masalah yang dihadapinya. Mana mungkin aib diri mahu tersebar. Bukan tidak percaya pada sahabatnya. Cuma dia terlalu takut. Semoga Allag membantu dalam usaha mujahadah hati yang semakin payah hatinya berbisik doa.

"Ya Allah aku rindukan suasana tarbiah, mengembara mencari ilmu disetiap penjuru bumiMu."

 Nur bangun apabila tubuhnya dicuit Imah,  kawan baru di tempat pengajiannya. Imah terus mengeleng kan kepala melihat Nur mudah benar tertidur dikelas.

" Awak ni asyik tidur je, jangan sampai fitnah dari awak sebab bertudung labuh tapi malas!"

Statement Imah sangat mencengkam jiwa Nur.

" kenapa kau menghukum tanpa usaha memahamiku."

Nur membisikkan kata-kata dihati. Dicungkil rasa tersentuh untuk meleraikan amarah. Nur hanya tersenyum namun menjawab.

"Sebenarnya banyak lagu kelemahan saya yang awak tak tahu"

Nur berpura-pura memandang buku melihat Imah yang terpana. Imah memandang ke hadapan dengan wajah yang masam mencuka. Seusai waktu kelas, Nur mengemas pantas tempatnya dan balik ke bilik yang didiami bersama Siti .

"Assalamualaikum, awak buka kan pintu"

"Waalaikumusalam"

Nur meneguk air liur tatkala melihat wajah Siti yang mencuka seperti selalu.  Dia tidak berani berborak dengan Siti yang tidak ramah. Nur lantas mendarat di atas tempat dia meluahkan tangisan . Di tempat tidunya yang mengantikan Tun Senaja yang di rindu.






TIt..Tit..Tit...

sambungan.................



Tiada ulasan:

Catat Ulasan