Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Khamis, 27 September 2012

"Awak nak apa dari saya?" No other

"Apa awak nak dari saya?"

Tergiang-ngiang kata-kata arwah suaminya menjelang malam perkahwinan mereka setelah diijabkabulkan. sambil tersenyum Rabiatul Adawiyah tidak terus membalas. Dia meminta izin ke dapur sebentar untuk mengambil susu yang dibancuh buat suaminya.

tok..tok..tok..

"Assalamualaikum abang, ayang masuk ye."

Terasa kekok teramat sangat. Tunang yang sangat diminati dalam diam kini menjadi suami sekaligus menjawat jawatan imam alias nakhoda bahtera perkahwinan. Pertanyaan suaminya itu dari sejak pertemuan mereka sudah punya jawapan, namun dia lebih senang menyimpan dan hanya akan terlafaz dari bibir apabila ditanya.

Pada malam ini segalanya akan terjawab.

"Waalaikumusalam err...ayang, masuk lah."

Suaminya juga menjadi gugup apabila terdengar Rabiatul Adawiyah kelihatan kekok yang teramat sangat. Berbeza dari kali pertama pertemuan mereka saat dia dirawat di Hospital Tuanku Fauziah akibat penyakitnya. Dari seorang jururawat yang mudah dan ramah menjawab setiap soalan pesakit, Rabiatul Adawiyah menjadi pemalu dan kaku yang teramat sangat. Namun segera dia ingin mengubah kecangungan itu. Dia tersengih seperti kerang busuk.


"Abang nak minum dulu?err...saya eh...ayang dah buat susu untuk abang. Abang gastrik kan? susu boleh neutralkan asid di  perut tu"

Rabiatul Adawiyah melemparkan senyuman semanis mungkin. Semanis kurma gitu.Walau di hatinya hanya Allah sahaja yang tahu betapa Tsunami bahkan lebih besar gelombang hektar dari yang pernah didengar melanda hati.


"ish gugup pulak macam tak biasa, masa jadi pesakit aku hari tu biasa jer tak pulak nervous macam ni" bisik hati Rabiatul Adawiyah.

Suaminya mencapai gelas ditangan dan minum susu dengan tertibnya hampir separuh gelas.Tiba-tiba berhenti dan mencuka wajahnya.

"Awak cuba rasa, apa yang awak bagi saya nih!"  Suaminya menyinga dari ayang kepada awak membahasa diri. Garang benar sambil menghulur gelas.

Rabiatul Adawiyah mencapai gelas dan menghulur lidah sedikit kedalam gelas.

"Rasa macam susu lah. Ish dia ni kenapa sebelum ni cakap lembut gigi dari lidah, sopan bukan main mengalahkan aku pulak tu. Tak per sabar je lah ingat janji Allah setiap kesusahan tu ada kemudahannya." gemuruh dihati berbisik.

"ha...barulah manis lepas bidadari abang cicip sikit" berderai ketawa Hanzalah.

Lawak Hanzalah  menghilangkan  kecanggungan mereka berdua pada malam itu

"pandai juga dia ni buat lawak sejak keluar hospital, jumpa aku siap  bawa anak buah,  kakak lagi serius jer depan aku mesej pun jangan harap nak buat lawak asyik serius jer."

Hanzalah tersenyum  dan mengisyaratkan isterinya mengambil wuduk. Dia ingin menunaikan solat Isyak berjemaah bersama isteri dan menunaikan solat taubat , hajat dan juga solat sunat syukur bersama isterinya. Kepenatan mengurus kenduri siang tadi ingin dipulihkan segera seusai solat agar dapat bertahajud pada keesokan hari bersama isteri. itu janjinya pada diri setelah bergelar suami. Dia meletakkan tangan diatas kepala isterinya dan membaca doa yang di ajar oleh arwah ayahnya suatu ketika dulu.

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا، وَأُعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ
 “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya (istri) dan kebaikan tabiatnya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejelekannya dan kejelekan tabiatnya.”[HR. Bukhari dari sahabat Abdullah bin Amr bin Al Ash radhiyallaahu 'anhu].


Suatu petang ketika Rabiatul Adawiyah makan angin bersama suaminya di pantai Pengkalan Balak di Melaka berdekatan Kampus Uitm Lendu  tempat dia belajar dulu suaminya melontarkan pertanyaan yang pernah disuarakan ketika malam pertama mereka. Masih belum terjawab

  "Apa yang awak nak dari saya? harta, rupa , jawatan kerja pun belajar tinggi bukan orang nak bagi saya. kenapa awak suka saya ye.?"   Suaminya tersengih namun menagih kepastian.

Rabiatul Adawiyah menarik tangan Hanzalah ke tepi pantai mencari kayu buruk untuk duduk berhadapan mengadap pantai. Sambil tangan nya membawa tafsir Al-quran dia membelek helaian mencari surah ar-rahman . Hanzalah merenung isteri kesayangan . Sejak hari pernikahan mereka sememangnya dia baru tahu didunia ini ada gadis aneh seperti isterinya. Lebih gemar menjinjit tafsir dari beg tangan untuk dibawa pergi bersiar-siar . Masih memandang isterinya dengan penuh harapan agar terungkai persoalan sejak pinangannya diterima.

"Abang baca ayat ni,  mahfumnya ayang suka sangat. Lepas abang tadabur, ayang akan jawab soalan abang" 

 Hanzalah membaca Ar-rahman dihurai ayat-ayat ar-Rahman satu-persatu. Hanzalah menetap wajah isterinya dalam-dalam. Dia cuba meneka melalui riak wajah isterinya tentang jawapan yang ditunggu. 

" Apa yang ayang nak dari abang , ayang nak jadi isteri solehah buat abang." mantap jawapan Rabiatul Adawiyah. 

Berkaca-kaca mata Hanzalah memandang. Dia menunduk dan membenarkan ayat dari surah ar-Rahman. Penderita penyakit epilipsi seperti dia diterima oleh isterinya dengan penuh redha. Tanpa mengharapkan mahar yang tinggi isterinya menerima kekurangan diri seadanya.

Ketika menyambut ulang tahun pernikahan  yang ketiga Hanzalah diserang Epilipsi yang teruk. Hanzalah dimasukkan ke Unit ICU untuk rawatan rapi. Ketika itu Rabiatul Adawiyah disahkan mengandung dua bulan. 

Ketabahan Rabiatul Adawiyah menyejukan hati Hanzalah. Kehendak si isteri pada dirinya adalah satu bonus yang sangat sukar diperolehi buat lelaki bergelar suami apatah di akhir zaman . Hanzalah mengengam kemas tangan isteri sambil memegang perut Rabiatul Adawiyah yang baru disahkan berisi setelah sekian lamanya. menunggu.

" Abang, nak pergi ni. Abang amanahkan awak letak nama anak kita kalau lelaki Abdullah Abid, kalau perempuan abang nak awak letak nama Fatimah ya "

Rabiatul Adawiyah menganguk lemah tidak mahu suaminya berbicara banyak memandangkan kondisi si suami tidak begitu mengizinkannya berbual banyak. Dia mencium tangan suaminya dan memandang dengan penuh kasih sayang. Harapannya agar rahmat Allah sentiasa mengiringi kerana pertemuan yang telah terjadi dan perpisahan yang bakal mendatang adalah kerana Allah.

" Ayang minta maaf ya Abang. Ayang tak mampu jadi isteri solehah buat abang.."

Suaminya mengelengkan kepala namun kalimah lailahaillah sentiasa meniti dibibir yang kian pucat.





Masa terus berlalu setelah suaminya pergi Rabiatul Adawiyah menetapkan pendiriannya. Hanya kerana Kecomelan agama suaminya menarik hati mudanya ketika bergelar jururawat pelatih.

"No other can replace you"

Di hatinya tahu, bukan menjadikan kasih suaminya sebagai titik akhir. Cuma hatinya tidak mudah terpaut.  Epilepsi asbab menyatukan mereka. Kecomelan , fikrah dan agama yang ada pada suami menyebabkan dia berani menghulurkan salam perkenalan pada keluarga suaminya.  Dia hanya ingin meminta tolong. Minta tolong pada cara yang halal.  Halal disisi agama . minta agar dirinya dapat berbakti menjadi si solehah disisi seorang lelaki yang taatkan agama. Ketika perkenalan bermula mereka tidak berani berdua. Bertemankan anak buah dan Iparnya kini. Semua itu kenangan terindah .

Masih teringat detik manis pengenalan bersama suami yang ditemani  anak buah disebelah suami.

"err...En, saya nak alamat butir diri En, maksudnya macam mana nak hubungi En nak minta tolong sikit kat En?"

"Minta tolong apa ?" Hanzalah ketika itu lemah menjawab .

"Er...er..tak per lah" Rabiatul Adawiyah buntu menjawab.

" Dik bagi no pak su, tak pun no adik jer, apa-apa nanti awak contact anak buah saya ye . Hari tu awak nak tahu pasal diagnosis penyakit saya kan?"

Rabiatul Adawiyah menganguk tersipu-sipu. Bukan mengenepi rasa malu cuma tidak mahu mengenepikan peluang menjadi solehah.

" Astaghafirullah,"

 Hatinya berbisik. Namun ditepis persoalan jiwa kerana dia bertegas pada diri menghubungi anak saudara Hanzalah bukan Hanzalah. Rabiatul  membetulkan niat kembali .Dia tmenjadi malu pabila teringat hadis pertama yang dipelajarinya ketika menyertai usrah.

Dalam hadis Rasulullah (s.a.w) ada bersabda : ( Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan atau disertai dengan niat dan sesungguhnya keatas setiap seseorang itu ( dibalas ) berdasarkan niat mereka ) kitab Arbain Nawawiyyah ( Hadis 40 )

Rabiatul Adawiyah mantap menghubungi keluarga Hanzalah untuk membantu atas dasar manusiawi. Potensi insan soleh seperti Hanzalah tidak ingin disia-siakan.  Takdir Allah menyatukan hati mereka dengan cara yang halal. saling berhubung ketika berurusan menudahkan tautan hati lillahitaala.


 Mungkinkah dihati seorang Rabiatul Adawiyah akan kembali terisi ????? 

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan