Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Sabtu, 22 September 2012

doa untukmu

Bismillahirahmanirahim,
Kau yang Maha Mengurniakan,
musibah ini,
ujian buat ku dan dirinya,
bangkitkan lah kami berdua dari penghambaan rasa,
bebaskan lah kami dari sengketa ,
juga sengsara,
Ya Allah ku mohon ,
agar Kau melindungi dan menjaga dirinya,
aku sangat mengasihi dan mencintainya,
melebihi diriku sendiri,
apakah kiranya ketika berpisah kami disini,
kerana mengharap redhaMu,
maka ubatilah agar ia tidak parah,
kerana sakit yang tidak tertanggung,
ku yakini Kau menguji kerana kasihMu,
maka satukanlah kami disana kerana cintaMU,
aku perlukan dirinya,
namun aku tidak mahu menyakitinya,
kerana itu dia dan aku terpaksa menjauh,
sakit pada rasa yang pernah bertunas semoga kau ampunkan,
ingin sekali mengadap berdua menyembahMu,
dan menjauhi lalai ketika berdua,
bersama hanya untuk mengapai redhaMu,
namun kelalaian membunuh impian,
kerana itu kami menjauh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan