Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 7 September 2012

perjalanan

Perjalanan menuntut ilmu punya begitu banyak cabang. Terkadang laluan ke destinasi dilewatkan oleh perhentian yang sia-sia. Makanya yang laju berjalan akan meninggalkan yang terleka. sebaik-baik manusia siapakah mereka? mereka yang melewati perjalanan secara bersama-sama menarik yang terleka, melangkah lebar mengejar yang jauh meninggalkan.

Di sebalik segala kesusahan itu terselit kemudahan. Ayat yang digengam kemas sewaktu musibah menimpa untuk menjadi pengubat hati yang parah diremuk kecewa. Nikmat yang  dihitung dengan kadar keinginan nafsu tak akan mencukupi namun penilaian berdasarkan perlu mana mungkin yang mampu dicongak melalui hitungan jari.

Mungkin berdua lebih baik, namun menyepi tak semestinya itu tidak beerti. Tidak dijadikan segala sesuatu itu sia-sia melainkan segalanya ada ketentuan yang sudah pasti. Sunyi jika diri terasa tersisih, namun lebih sunyi jika girang dihadapan yang lain tapi sunyi dari mengingati Pencipta sendiri.

Jika diri selalu ingin dicintai dan mencintai, dari kecil fitrah itu sudah wujud. Namun manusia suka menyingkirkan keinginan hati kerana memandang keupayaan untuk membina akhlak soleh wa solehah dalam diri. Benar bukan sebaik nabi tapi tak salah mencontohi kerana sebaik-baik ikutan adalah kekasih Allah, bukan korean artis.

Bukan kerana tidak mendapat hidayah, namun iman juga berkait rapat dengan kepercayaan pada diri. Ada manusia yang menolak proses ingin merubah diri menjadi baik berikutan label pada diri sendiri sedari kecil mereka bukan orang yang layak mendalami ilmu Allah.

 Didikan ibu bapa menanam kepercayaan pada peringkat ini sangat kritikal. kerana itu untuk mendapatkan zuriat yang soleh wa solehah makanya berusaha menjadi pasangan yang soleh dan solehah agar dipertemu Allah dengan pasangan yang layak. Mungkin tidak soleh semuanya jika takdir Allah mengkehendaki , tapi usaha ke jalan itu dinilai Allah .


Bukan mudah mengurus nafsu, apatah lagi jika amalan tak seiiring ilmu. Hakikatnya tidak ada manusia yang sunyi dari berbuat dosa dan tidak pula dalil yang menyatakan bahawasanya manusia yang berbuat dosa itu tidak punya ruang untuk perbaiki diri. Dosa masa lalu menjadi pemangkin untuk manusia bertaubat dan malu pada Allah kerana sempurna seorang manusia berikutan kelemahan diri.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan