Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Isnin, 10 September 2012

Yang Satu dihatiku

melihat slide kejatuhan khalifah,
kekejaman kufar,
terkadang aib yang sedang melanda membuatkan aku rasa bahawa aku jauh lebih dasyat menzalimi diriku berbanding kekejaman kufar terhadap saudara-saudaraku.

jujur jauh disudut hati aku sangat merindukan saat tarbiah ku dengar setiap minggu. Umpama pengembara yang berjalan dipadang pasir, aku kehausan. Penghijrahan ke bilik baru memberi ruang kelegaan. Dan aku kini sedang berjuang untuk menghadapi diriku sendiri.

Ya Allah,
terlalu sayang Engkau pada diri ini yang selalu menidakkan perintahMu,
yang berkira-kira untuk memadu kasih dengan Mu di malam hari,
memandang kebesaran Mu dan berfikir sejenak akan kekuasaan Mu,
aku kalah dengan nafsu ku sendiri,
bantu lah aku menghadapi ujian ini,
tidak ku benci diri ini kerana ku tahu ia adalah aturan dari Mu,

Ya Allah,
jadikan lah aku benih tarbiah yang berkualiti,
dicampak ke laut menjadi pulau,
dicampak ke tanah menjadi Belukar,
dicampak ke angkasa menjadi galaksi,
agar tersirna segala daki-daki dosa hasil dari kekejaman ku sendiri,

ku rindu padaMu ,
sedalam-dalam hatiku ku,
walau tidak ada yang tahu,
kerana rasa itu hanya untuk Mu,
pada Kau yang satu,
Allah,
yang satu di hatiku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan