Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Sabtu, 22 September 2012

RAsa yang harus tersina

   Assalamualaikum dan salam sejahtera, buat kali pertamanya warkah ini ku ukir untuk dirimu yang menjadi permandangan terindah dihatiku hingga saat ini.

 Kehadiran mu yang sering membahagiakan disaat kesepian, gembira dan juga tika berduka sangat memberi erti buat manusia yang sama sekali sangat membenci rasa ini suatu ketika dahulu. kerana takut hancur aku mengelak, kerana takut hancur aku rela menyepi, kerana takut disakiti aku menjauhi. Namun hormon testosterone dalam tubuhku mengawal hingga mengenepikan waras akal ku.

Hadirmu indah namun menyakiti saat kepergianmu. Aku juga sengsara menjadi permainan rasa yang kita bina walau tahu mana mungkin kau dan aku bersatu. Dalam sibuk mengikuti kuliahku, Kau meminta kata putus. Sumpah aku serik akan memutuskan sebuah ikatan kerana kepahitan sebelum mengenalmu mengajar erti berhati-hati membuka kuda-kuda bicara kata. Aku takut menjilat kembali ludahku sendiri.

Aku ingin kau menjadi bidadari ku. aku ingin membungkam rasa untuk setia pada siapa pun. Sakit hati yang pernah kau cuba bina dihati hanya membibitkan perasaan simpati bahkan membuatkan aku semakin hari semakin mencintaimu hingga saat ini.

Apakah kau tidak mengerti sakit hati yang ku rasakan. hadir dirimu membunga tunas rasa secara perlahan. Namun pergimu merentap akar cinta kita dan aku benar-benar merasakan sakitnya hingga saat ini. Namun tidak membekas benci malah tunas rindu bercambah kembali.

Aku tahu kau pergi kerana agama dan budaya kita melarang. Aku tahu kau melangkah  kerana tidak mahu kita terus hanyut kerana ketidak mampuan kita menikah saat ini. Kau yang sangat aku cintai dan sayangi ingin pergi, namun bergenang takungan mataku disaat warkah ini ku lakar dengan sepenuh hati. Mengapa hati ini begitu mencintaimu? aku sendiri binggung dengan diriku.

Aku ingin memilikimu dan membahagiakanmu, aku ingin memuliakan mu disisiku sebagi wanita yang akan dicintai tiada hingganya. Apakah kau masih peduli akan diriku. Ingin kau menjadi ibu pada anak-anakku walau aku tahu tidak mampu kau ku miliki .

                                                                                              Yang benar,
                                                                                                Firdaus



 Firdaus membungkam, ini kali pertama dia menulis surat cinta dalam hidupnya. Sangat berbunga dan puitis. Sebelum mengenali Hasanah, Firdaus seorang bloggers yang sangat terkenal dengan sajak keagamaan dan juga seorang pendakwah bebas.

Firdaus meletakkan tangannya bersandar pada ruangan dahi yang luas. Dia sangat keliru dan sedih meniti hari-hari setelah Hasanah memutuskan untuk pergi dari menjadi kekasih hatinya.Rancangan untuk tidur di bilik Kumar dan Peter dibatalkan. Dia ingin bersendiri.

Firdaus terkenang kembali detik-detik dia mengenal wanita pujaan hatinya. Dia sendiri tidak menyangka akan pertemuan itu sebelum ditawar masuk ke program diploma pembantu perubatan . Ketika itu Firdaus mengambil jurusan Kejuruteraan kimia di Uitm.

Firdaus hampir gila. Mana pernah dirinya dilanda angau yang serius. Kisah bermula ketika melangkah pergi dari Uitm masih membekas dihati. Hasanah menunjukkan reaksi yang aneh. Firdaus tidak mengangan jauh hubungan persahabatan itu . Dia mengkagumi Hasanah, namun insan sehebat Hasanah mana mungkin akan termiliki.

tit..tit..tit..

sender: Ukhty Hasanah

"Salam, awak dah bangun"

Firdaus binggung akan sikap Hasanah padanya

" dah jazakillah khairan khatiran kejutkan"

Firdaus kehairanan, punya lah berlambak mesej islamik dihantar Hasanah selama ini tidak berbalas. Firdaus takut namun bercampur suatu perasaan indah yang pernah dialami ketika dia pernah meminati seorang rakan perempuan di sekolah menengahnya suatu ketika dulu.

Setelah itu mesej demi mesej dihantar. Firdaus dan Hasanah tidak saling bertepuk sebelah tangan. Mereka sering berhubung dan terus berhubung. Firdaus menyembunyikan kekalutan dihatinya. Jauh disudut hati fikirannya lain namun mahunya juga lain.

Firdaus menghabiskan bacaan Jus Amma selesai isyak. Firdaus berazam ingin melanjutkan pengajian nya dalam bidang ad-deen walau dia berlatar belakang jahiliah suatu ketika dahulu.

" Dia bukan milikku disini, maka pertemukan lah aku dengan nya disyurga kerana rahmat keampunanMu keatas kami berdua yang terlanjur berbuat dosa. Jika mencintainya salah maka Kau ampunkanlah hamba mu yang tidak berdaya menahan rasa ameen...."

Firdaus mengesat air mata hingga larut tidurnya mengengam tasbih mengubati rasa . Dia merasa ingin kembali membina diri menjadi askar Allah yang tidak tewas hanya kerana rasa yang harus tersina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan