Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Selasa, 11 September 2012

Status

Berkali-kali ku  kerling  handphone ku menantikan mesej rindu darinya. Hampa tiada jawapan. Aku begitu merindukannya saat ini. Cuba ku usir kerinduan yang menjalar dan membuak rasa ini dengan menulis, mengukir coretan harian ku.

Selaku pelatih yang mengalami peristiwa demi peristiwa baru hari ini. Hari ini tanggal 11/09/2012 menjadi memori yang agak pahit namun memberi pengajaran yang sangat terkesan dihatiku.

Seorang jururawat bersijil seperti ku walau terlatih teruk dimarahi. Manakan tidak sifat manusia yang lebih suka memburukkan dari membimbing makin membarah. Terdetik di hatiku bertapa biadap seorang ketua melayani anak buah. Melayani umpama binatang peliharaan.

Menghina walau atas dasar profesionalisme aku tidak boleh terima. Memalukan tanpa mahu memanusiakan orang bawahan. Aku benci dengan gelaran yang diberi." si lembap" Tidak sedarkan seorang ketua bahawa orang bawahan nya itu dimuliakan?


Bersangka baik pada takdir. aku mohon agar Allah memberi kelapangan hati pada insan yang dimalukan dihadapan orang ramai tanpa menyelidiki terlebih dahulu. Status dunia jauh dikejar apakah akan kekal kemulian seorang Dato, Tan Sri, dan sebagainya hingga di akhirat andai diri kekontangan Iman?

sewaktu perjalanan ke hostel, aku terdengar perbualan senior ku, seperti tersindir apabila mereka mengatakan sifat berprasangka itu sesuatu yang berbahaya. Bagaimana ingin ku singkir nafsuku dari terus berprasangka?

Aku membuat keputusan aku terlalu sibuk untuk memenuhi rutin hidup seperti insan biasanya. Sepertinya aku tidak layak namun ku yakini janji Allah. cuma cepat atau lambat, sebelum tiba detik itu terlafazkan apa yang selama ini ku katakan. Lancarkah sebutan ku atau langsung aku membisu diam bahkan mengeluarkan amarah berhambur kerana sifat ku yang masih lagi belum sedar



Tiada ulasan:

Catat Ulasan