Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Selasa, 11 September 2012

hamba

biar ku kagumi,
walau pun dalam diam,
andai dapat ku undur masa lalu,
tidak mahu ku biarkan diriku dalam kerinduan ini,
biar aku tidak seperti siapa pun,
kerana taklifan yang ku gengam jauh lebih mahal,
mahal dari harga sebuah keluarga,
mahal dari harga sebuah kebanggaan,
mahan dari harga sebuah kemegahan,
izzah dalam perjuangan,
bukan ku undang gerimis yang datang,
aku hanyalah seorang hamba yang mudah hanyut,
kerana keaalpaanku sendiri,
bukan membenci diri,
Allah menguji pasti,
kerana tersembunyi hikmah disebalik peristiwa terjadi,
biarkan mereka terus mengejek.
kerana harga sebuah kesabaran itu tak mampu dibeli,
biarkan nafsu mu sengsara,
agar hatimu terus berbahagia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan