Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Isnin, 15 Oktober 2012

RINDU.......

sakitnya berpisah denganmu....
entah bagaimana mahu ku kekal kan kita bersama hingga syurga..
mahu kau menemani ku hingga ke sana,
aku menyanyangimu sepenuh hati,jiwa, dan raga,
kau yang terindah,
selalu ku sia-siakan,
kau yang selalu ada dalam doaku,
semoga Allah mencintaimu,
aku dan kau saling berkasihani,
terkadang kita berdua tersungkur,
namun ku pinta agar kasih-Nya membangunkan kita kembali,
hatiku setia bersatu denganmu,
kau yang ku sayang,
sangat ku rindu sangat ku mahu kau disisi,
hanya kau yang ku damba berada disamping ku saat ini,
namamu selalu bermain difikiranku,
apa kau berbuat,
apa yang kau makan,
pakaianmu selalu menjadi tanda tanyaku,
kerana kasih padamu yang bukan sedarah dagingku sungguh terlalu,
aku tidak mahu berpisah denganmu,
jika jiwa ini menangis,
aku tidak mahu sendu ku menjadi lagu duka buatmu,
aku sangat menyanyangimu,
hatiku dekat denganmu,
alangkah indah hati yang menyatu kerana Dia yang satu,
kau ysng terindah dalam hatiku......
Izzaty Khaizatul......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan