Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Rabu, 7 November 2012

Hamdallah

HAmdallah......Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...Ya Allah meresap ke urat saraf rasa syukur yang tak terhingga semenjak aku diposting ke wad emergency seminggu yang lalu. Tempoh penempatan seminggu, namun ibrah yang ku kutip subhanaallah..hanya Allah sahaja yang tahu. Lafaz syukur yang tak mampu terucap. Namun dihatiku jatuh, jatuh cinta dengan keadaan yang walau kritikal dan mencabar namun sangat banyak ganjaran yang tersedia. Wad ini menjadi asbab untuk aku terus jatuh cinta pada Dia yang menjadikan asbab tersebut.

Ya Allah, bertapa rasaa syukur semakin mengikis sikap manja dak bertempat yang dulunya merendang pada sikap seorang insan bernama Nurul Jannah Abdul Rahim. Banyak pekara yang dipelajari namun cita-cita untuk kembali meraih sekeping ijazah dalam bidang komunikasi tak akan pernah mati bahkan semakin menyala-nyala.

Entah bagaimana walaupun bayi demi bayi ku sambut, kelahiran demi kelahiran yang menjadikan aku saksi akan kebesaran Allah masih belum mampu membuat hati ini tunduk syukur. Hanya kecomelan bayi sewaktu top n tail yang menjadi penghibur tangisan ku saat UITM LENDU yang masih ku cintai aku tinggalkan. Percaya saat itu aku akan kembali menyambung cita-citaku.

Bermula dengan suntikkan ATT pertama di deltoid mendidik aku . Luka di dagu seorang gadis sunti menjadikan masa depan maksudku dari segi parasnya sedikit ditarik nikmatnya kembali oleh Allah. Benih simpati bertaburan di relung hati. sewaktu hampir tamat shiff, Bergema wad emergency mengenai kes kecemasan terbakar 90 degree. Benih syukur bercambah-cambah. Demi Allah aku dikesimakan oleh keadaan wad yang sangat membuatkan aku tertunduk malu kerana kufur akan nikmat.

Entah walau hati ini masih belum mencintai kerjaya yang diceburi, namun doa-demi doa terlantun dari mulut pesakit bahawa aku akan berjaya dalam bidang ini, Aku hanya tersenyum .....Walau kerjaya ini tidak mampu menawan hatiku, namun doa pesakit-pesakit itu semoga sampai untuk ku garap cita-cita dunia melebarkan jalan keimanan.

1 ulasan:

  1. macam MA..study MA kan?

    semoga kuat,semoga Allah redha.

    biiznillah.
    :)

    BalasPadam