Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 2 November 2012

"syurga,syurga,syurga"

"syurga,syurga,mana syurga?" dia bertanya..

Rasa malu mula menguasai bukan kerana suka. Hanya Allah yang tahu.  Didepan para ikhwan aku mampu lantang bersuara namun bila bicara soal usikkan nakal kawan-kawan seperti kebiasaan aku terbungkam wajahku merona malu.

Hati rapuh seorang perempuan mudah terusik. Masih ku pegang kata-kata seorang sahabat yang membataskan aku untuk terlalu bersahabat dengan seorang lelaki. Bimbang persahabatn antara keduanya bertukar menjadi lain.

Yang mampu aku lakukan untuk mengelak bertemu, bertembung dengannya mengulang alik ke tandas serta menyibukkan diri dengan kerja yang ada disitu.Entah keman pergi rasa malu seornag ikhwan. Didepan sahabat-sahabatnya terus mengusik walau pada mulanya sikap diamku ternyata tidak menghentikan tindakkannya. Masa yang berlalu ku rasa kan lama sekali. Subhanallah malu. Aku merasa begitu malu takut angin gurauan bertukar menjadi badai fitnah dihatinya dan juga hati seorang akhowat serapuhku.

Demi Allah fitnah wanita yang terdapat didalam hadis nabi bermain difikiranku saat dia menyelak helaian langsinr saat rawatan diberi kepada pesakit.Dia sungguh terlalu, tidak puas mengusik dan menganggu. Dalam perlindungan Allah kuharap agar hatiku segera berlalbuh.

Andai hati seorang wanita merasa mekar seperti kawan-kawan ku disini. Aku rungsing memikirkan fitnah seorang wanita. Dia berjaya membuah cuak dihati. Cukup lah jerangkap samar syaitan aku terkena. Tidak mahu azab lain pula yang ku tempa. Mujur tidak lama , aku berharap keberadaannya cepat-cepat berakhir dari terus menganggu.

Teringat pesan seorang naqibah. Susah jika hati terjatuh pada yang salah. Berkali-kali kesilapan ku tempuh saat ketegasan mula longgar dek kelalaian hati. Mencintai yang berhak itu adalah jihad. Memelihara yang halal itu adalah jihad. Aku lemah saat mengingati dosa ku. Namun sisa hidup yang ada hanya berserah padanya agar berjuang mendapat rahmat pengampunan dari-Nya.. Berkali-kali aku terlanjur melakukan dosa, namun peluang hidup ini beerti Allah masih memberikan peluang untuk terus berjuang. Berjuang mendambakan jihad. berjuang melagukan tangisan disetiao malam bersujud.

nota hati: heheh ciri-ciri penulis cerpen yang fail banyak benor kesalahan ejaannye


Tiada ulasan:

Catat Ulasan