Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 24 September 2010

bidadari dari dunia

sang bidadari setia,
mengintai disebalik langit kerana rindunya ,
calon suami mu dari dunia,
tidak pernah dilihat dan disentuh oleh sesiapa,
hanya tersedia diri buat calon penghuni syurga,


bidadari syurga mengintai disebalik langit dunia kerana memendam rindu pada bakal suaminya..subhanaAllah..nikmat Allah buat kaum lelaki hebatnya..buat insan soleh yang sanggup menundukkan pandangan ketika melihat wanita cantik dunia,...ternyata nikmat buat wanita juga tidak kurang, wanita dunia..rumah syurga disisi Allah pinta Asiah..YA ALLAH Kau janjikan nikmat yang terlalu mahal harganya , tak terbeli dengan apa pun didunia hanya mampu dikurniakan pada hambaMu kerana rahmatMu yang Maha Luas...

Ya Allah sifat bidadari membuat diri terasa malu, mana mungkin membanding diri dari mereka yang jauh indah kerana NikmatMu..mereka tidak dilihat, tidak melihat cuma setia menanti calon penghuni syurga suami mereka untuk bercinta..ku yakin sekali wanita dunia boleh mencontohi sedikit sifat mereka..walau mana mungkin mampu menurut semua..dengan menundukkan pandangan pada yang tidak berhak, memelihara hati hanya buat yang berhak, menjaga diri agar tidak pernah disentuh oleh mana -mana yang tidak berhak yakni memperbaiki diri dan amalan untuk menjadi wanita solehah kerana seindah hiasan adalah wanita solehah mampu menjadikan mereka bidadari dari dunia dengan izin Allah.

Dari perempuan menjadi wanita,
dari wanita dunia kita kejari gelaran bidadari dari dunia,
lalu caranya bagaimana,
perbaiki diri dan amalan kita,
Bukankankah Allah itu Maha Berkuasa,
Tiada manusia yang tidak berbuat dosa,
Selagi berpeluang menghirup udara dunia,
Selagi itu Allah menerima taubat hamba-Nya,
wanita solehah wanita istimewa,
Bukan kemasyhuran menjadi pakaiannya,
hingga untuk mengekalkannya,
tergamak dia menanggal semuanya,
bukan cuma pakaian ditanggalnya,
dengan berpakaian ketat dan separuh bogel ditayangnya,
bahkan maruah juga malu ditinggalkannya,
bahkan iman turut meninggalkannya,
pakaian bidadari dari dunia,
memakai pakaian orang yang bertaqwa,
bukan cuma aurat dipelihara,
bahkan hati dari ternoda ,
sidia bidadari dari dunia,
memelihara diri dengan malunya,
dari bergaul mereka yang bukan mahramnya,
lantaran malu pada Allah yang sentiasa memerhatikannya,
dia berusaha memelihara diri dari zina,
apatah lagi untuk mendekatinya,
memelihara diri dari melunakan suaranya,
mengundang nafsu syaitan insan yang mendengarnya,
merindukan yang halal untuk mengimani solatnya,
walau tidak disunting didunia,
asal tidak mendekati zina,
seperti bidadari syurga yang merindu calon suaminya,
bidadari dunia juga rela,
beribu tahun sanggup dilewati dengan sendirinya,
asal murka Allah tidak dijemputnya,
kerana meyakini Allah sebagai tuhannya,
firman Allah dipegangnya,
(Surah Yasin(36) ayat 36:"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui)
lalu diri dipeliharanya,
kerana yakin bertemu pemuda idamannya,
janji Allah tiada berdusta,
setiap insan pasti punya pasangannya,
jika dia tidak berpunya ,
walau diperlekah insan didunia,
dia menyambut dengan senyum manisnya,
kerana yakin pada Allah s.w.t

ku yakin sekali ramai yang begitu hairan pada pegangan "no couple before nikah" heheh sebenarnya aku juga begitu dulu cuma bila fikir masih sekolah juga ancaman ibubapa yang akan masuk meminang lelaki seandainya couple seusia aku membantutkan aktiviti tu, sungguh aku tidak berani..juga kerana rasa malu...heheh teringat satu ceramah di TV( kuliah tak formal) kata ustazah tu" kalau kita punya harta kita kena jaga harta, kalau punya ilmu, ilmu jaga kita".bila fikir balik ada benarnya..kerana di beritahu dan belajar dari beberapa sumber tidak formal sekarang ku punya perinsip terbaru "CINTAKU HANYA BUATMU YANG HALAL UNTUKKU" heheh mengadakan? tapi biarlah orang nak kata apa pun..asalkan aku tahu kenapa ku pegang pada perinsip pertahanan ku sebagai seorang gadis. couple sebelum nikah itu mendekati zina, nauzubillah...semoga apapun selepas ni dijauhkan aku dari kemurkaan Allah..

berbalik pada topik utama sebenarnya ku tarikan tangan ini untuk ku taip kan satu-persatu butiran kata yang bermain diminda ku mengenai aurat pulak(heheh ade kene mengenakah dengan topik utama?)..aku berpakaian t-shirt biasa..ditegur seorang ukhti ditempatku" baju hampa besaq sangat lah" aku cuma senyum pada ku masih belum cukup..( kurang dana kene usaha lebih sikit beli t-shirt labuh )..ku bukak profil di fb..ukhti tu masih hairan melihat aku bergurau dengan ukhti-ukhti yang walau hanya kenal didunia maya tapi melihat gurauan kami di komen-komen dia bertanya" kawan ke" aku mengiyakan" kenal kat mana? bukan orang jauh ke?" aku mengiyakan cuma disini didunia maya tapi aku jelaskan padanya terasa satu ikatan mesra mungkin ukhwah terjalin kerana Allah taala.lebih baik ku senyum melihat telatah mereka dari tersengih bermesej dengan makhluk Allah yang melalaikan aku. Dia mencebik apatah lagi setiap kali tetikus komputer ku mengklik gambar wanita berniqab seolah mengejek...^_^..mungkin dia tidak tahu nikmatnya berniqab, kerana niqab ku kenal seorang ukhti solehah , juga kerana niqab punya banyak kelebihan cuma hatiku masih punya rasa ragu. rutin harianku sangat tidak memungkinkan aku berniqab apatah lagi suasana sekitarku juga kurasakan kurang bersetuju lalu hasrat itu ku tangguh dulu..( rindunyer hanya Allah yang tahu)..dia bertanya padaku" kenapa diaorang pakai purdah? tak mengonkong ke? kalau tak nak tunjuk muka, baik jangan ada facebook, cuba bagi tahu kawan hampa tu"..ku toleh lalu ku buka satu artikel sambil tersenyum" cuba lihat ni kenapa kitorang tak nak letak muka" dia tidak berminat...lalu berlalu..aku cuma tersenyum benar kata pepatah tak kenal maka tak cinta . ...
BICARA TENTANG AURAT..
terbaca satu artikel "lelaki teransang purata 30 kali sehari".artikel yang mengerunkan ku..patutlah disuruh kita tutp aurat depan diorang kerana tabiie diorang begitu..kasihan pada insan bernama lelaki syukur Alhamdulillah Ya Allah aku seorang wanita , sekurang-kurangnya dipihak pertahanan bukan penyerang..kalau nak selamatkan diri dari zina, cover aurat, jangan merayau tak tentu arah, jangan dekati zina, sombong pada lelaki yang mengundang diri mendekati zina, macam diorang dugaan berat, walau cuba jaga pandangan masih ada yang pakai pakaian yang menjojolkan biji mata melintas, tak kurang iklan, bukak surat khabar, gambar di facebook...semuanya mendekatkan diorang pada ZINA..tak kurang dengan gurau-gurau manja, sapaan yang entah apa-apa...pujian dari lawan sejenis..tak ke membuatkan iman diorang terancam?kalau betul sayangkan lelaki jom cover aurat, jom cegah diri dari dekati zina, jom kita bangunkan diorang dari kelalaian dengan ketegasan dalam berbicara dan sombong sikit agar diorang hormat kita dan tak terlalai dengan kita dengan cinta yang tidak halal kerana kemesraan terlebih kita, bukan sayang nak mengatal yer, sayang ni agar wanita lain juga buat macam kita dekat ayah kita, abang kita, pak cik kita, adik kita..mecegah diorang dari fitnah wanita..

2 ulasan:

  1. "sekurang2nya di pihak pertahanan,bukan penyerang."
    comel je stetmen ni..(^_^)
    salam ziarah mncari tazkirah..blogwalking~

    BalasPadam