Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Sabtu, 2 Oktober 2010

rindukan dia

ku rindukan dirimu duhai insan mulia,
tidak dapat terzahir dengan kata-kata,
cuma terasa begitu membara,
sedangkan aku insan yang hina,
walau sudah terlalu lama wafatnya dirimu,
dihati ini seperti engkau sentiasa bersama,
tidak ku kenal dirimu dengan berjumpa,
dirimu ku kenali melalui agama,
hadirnya engkau pembawa cahaya,
menjadi sebaik-baik ikutan tak kira siapa,
sunnah mu cuba ku ikutkan tanda ku cinta,
selawat keatasmu mengubat rindu yang ada,
jika mereka menghinamu ku cuba membela,
kudrat yang lemah ini akan ku kerah sepenuhnya,
tanda setia dan juga cinta,
sedaya upaya taraf wanita yang kau muliakan,
ku akan pelihara,
ku tanamkan hasrat dijiwa,
agar dapat ku temumu disyurga sana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan