Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 26 November 2010

positif

assalamualaikum,

seiring perjalanan waktu semakin dekat hari yang mendebarkan juga saat menempuh hidup tanpa bantuan mak ayah. kesian ku lihat ayah yang begitu serius memikirkan juga terlalu merisaukan masa depan anak gadisnya yang seorang ni. Al maklumlah tak pernah berpisah jauh..ini kan memakan masa bertahun -tahun paling lama 13 hari itu pun dia risau bila kawan aku x dapat jawab telefon.Ayah, menjelang 11 januari 2011 anak mu ini sudah berusia 21 tahun..^_^ dah layak mengundi pun. Tapi aku suka lihat dia macam tu. Tandanya ayah yang perihatin. Mak dah mula termenung katanya peguam bela yang kedua dah nak keluar , peguam bela yang ketiga tgok macam mana tahun depan. kesian mak,moga-moga adik-adik lelaki akan jadi lebih bertanggung jawab lepas ni.Ya mula -mula memikirkan takut selama ini ayah jagakan..kini sendiri..bangun dari tidur kelmarin Ya Allah lemahnya pegangan tauhid ku bukan ayah dan mak yang jagakan aku selama ini tapi Engkau...so kene kuat semangat..jihad..insyaAllah boleh lakukan demi Allah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan