Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Selasa, 25 Oktober 2011

Bicara tentang Cinta dan keinginan tuk memiliki

assalamualaikum....ku nukilkan pena ini saat hati sedang sarat dengan rasa rindu agar tertegaknya islam dimuka bumi Allah. kerinduaan ini semoga menjadi pemangkin semangatku menghidupkan keluargaku dengan roh islam yang sejati Dan juga perasaan terharu adik ku Siti Nur Hanisah yang terlalu menghargaiku,

" adik selayaknya penghargaan itu kau hadiahkan pada insan yang lain kerana aku tidak semulia yang kau kira, masih banyak kelemahanku yang perlu kau belajar untuk sabar menghadapinya"

Buat adikku Izzati Khaizatul yang sedang mungkin mengesat peluh kerana perjuanganmu menyertai ROTU. semoga ketabahan menghiasi akhlakmu. Rindu yang bertamu akan menghiasi doaku selalu.

buat darlina adik pertama yang aku kenali smoga perjuanganmu akan diberkati Allah wahai adik yang dirindu, juga orkid mujahadah yang ku lihat bersungguh-sungguh memperjuangakan ketertegakkan islam dimuka bumi ini. semoga Allah sentiasa menyuburkan rezekimu untuk memudahkan perjuanganmu...juga buat kak Nora yang sentiasa menemani tatkala hati berunsur sepi..kau lah penasihat yang sangat memahami..juga afifah nakal yang sentiasa perasaan korea haha alias jepun...semoga minat mu menjadi modal da'awah ...kiranya karya yang terhasil ini mungkin sifar ibrah namun ingin sekali ku kongsi hasil nukilan idea pemberian Ilahi...semoga perjuangan ini terus diberkati


CINTA DAN KEINGINAN UNTUK MEMILIKI

“Cinta dan keinginan untuk memiliki itu berbeda” kata-kata kakak Naqibah Izzah masih tergiang-ngiang ditelinganya.

“ah…”Dia mendengus bosan dengan analogy yang tidak difahaminya.

“kalau dah cinta mestilah nak dengan dia, nak dekat dengan dia, so apa bezanya?” Aisyah bermonolog lagi.

Aisyah menyambung lenanya yang tidak nyenyak. Dia binggung sekali. Masakan pertanyaan sahabat seusrahnya dijawab kakak Naqibahnya, kak Izzah begitu. Apa bazanya masih belum dirungkai. Yang pasti hubungan hati walau tidak langsung dengan muslimin pujaan hatinya itu dirasakan perlu .Walau dia sedar imannya semakin merudum sesaat dia terpesona dengan senyuman sikumbang yang memikat hati. Baginya tidak salah selagi tidak terluah, selagi berikhtilat tidak berpegangan. Sahabat katakan, dalam islam, lelaki kan pemimpin bagi perempuan. Dia membuat tafsiran sendiri.

Dari tingkat Tiga bangunan Tun Merah itu menjadi saksi pekikan Guruh yang berbunyi pada malam itu. Sahabatnya Darwina datang menziarahi Aisyah. Kolej Tempat yang menjadi tempat penginapan Aisyah itu dikongsi oleh sahabat sebiliknya seramai tiga orang. Mereka dari kos yang sama. Darwina mengetuk pintu namun tiada jawapan dari keempat-empat penghuni bilik. Dia berlalu balik kembali ke kolej penginapannya di Dang Anum.

Tut…tut..tut….

Inbox(1)

“liqa, minggu depan di masjid al-hikmah”

“Astaghafirullah…malam dah beli tiket ni, baik aku mesej cakap tak dapat datang”

“asif jiddan kak, saya da beli tiket nak balik rumah jadi tak dapat join”

Send….

Izzah binggung…di antara harga tiket dengan nasihat berharga dari kakak naqibah nya yang jarang turun membuatkan dia binggung memilih. Pengalaman ke Khaulah Centre sangat mengajar dia menjadikan setiap majlis ilmu anjuran sahabat-sahabat kakak naqibahnya sangat berharga. Rasanya sahabat usrahnya Hanis pun akan balik . Mungkin tak ramai datang pada malam itu.

Tut…tut…tut..

“ tak pe sayang, bukan rezeki kamu malam ni untuk datang liqa”

Subhanallah..ketabahan kak Ayu membuatkan hatinya bertasbih. Jarang benar dapat bergaul dengan insan-insan terpilih untuk memiliki ilmu sabar dan ikhlas. Baginya medan da’awah lah antara asbab dia berkenalan dengan insan-insan setabah mereka. Hati bertasbih syukur walau punya sedikit kekesalan diruang hati akibat membeli tiket bas jauh terlalu awal. Dia sendiri merasakan masih kurang ilmu sabar berhadapan karenah mad’u nya. Apatah lagi memiliki ilmu ikhlas juga dirasakan masih kurang. Dia bermuhasabah kembali. Butiran cinta rindukan Ilahi mengalir jernih. Dia benar-benar merasakan akan kekurangan. Ini baru dengan makhluk, tidak terbanding dengan yang Maha Sempurna, Maha Hebat, Maha Bijak sana. Perjuangannya dalam persatuan juga belum cukup ikhlas. Hatinya merintih. Sahabatnya Hanis menjadi tempat perkongsian hati. Dia menjadi rapat dengan sahabatnya dalam perjuangan bersama. Ibarat Elya Khadijah dalam Tautan Hati, dia merasakan Hanis layak digelar srikandi Abu Bakar.

“tok, tok”

Pintu bilik diketuk, Izzah menyeka airmata rindu pada sahabat kesayangan. Lantas bangun melihat cermin untuk memastikan genang air mata kerinduan terhapus. Dia membuka pintu

“ Assalamualaikum, eh kak Izzah kenapa ni?”

Hanis kehairanan tercengang dipintu.
“ subhanallah sayang, akak tengah rindukan kamu, kamu datang.Masuklah”

Izzah menarik tangan Hanis masuk kedalam bilik.kebetulan dalam bilik tidak ada sesiapa. Kawan sebilik Izzah, kak Farah pergi study group.

“Akak…er..ok tak ni? Ada masalah ker? Kenapa tak kongsi dengan Hanis?”

“akak ok nis, Cuma sedih dan sayu sangat tiba-tiba, mungkin hormone kot”

Izzah berhelah.

“banyakkan baca al-quran kak, ingat Allah selalu”

Hanis tersenyum lagi.

KISAH HIDUP SEAKAN DIFILEM..

Izzah menonton Filem “Dalam Mihrab cinta”. Sudah lama Filem itu ditayangkan , namun Izzah hanya akan menghabiskan masanya menonton Filem agar tidak tidur pada waktu Asar. Dia meninggalkan tabiat belajar dan tidur selepas waktu Asar sejak Menghadiri Khaulah Centre ketika menghadiri kem menghafaz Al-Quran dan Hadis. Lalu masa terluang nya akan diisi dengan aktiviti sukan atau menonton Filem selain dari tidur dan belajar kerana waktu Asar kerana dalam islam amalan sebegini tidak digalakkan.

“Izzah, jom awak teman akak jogging? Asyik lepak dekat dalam bilik je hari nie” Kak Farah mengomel.

“Minta maaf kak, saya ada period pain. Bukan tak nak teman tapi memang sakit sangat ni. Lagipun malam ni Izzah dah janji Insyaallah nak temankan Hanis jumpa adik-adik liqa dia. Sementara tunggu sambil rehat Izzah nak habiskan dalam Mihrab cinta ni, bukan senang ada waktu lapang nak menonton ni, pulak Allah hadiahkan nikmat sakit untuk Izzah rehat sambil tengok Movie. Jom la join kak” seloroh Izzah.

“ akak nak merajuk lah, hurm ala tak pe lagipun ada Faridah temankan akak. Kamu rehat la yer dah selalu sangat berjalan. Lapang jiwa akak tengok kamu kat bilik . Kalau tak asyik kene tinggal je” Kak Farah tersenyum sambil menyambung langkah.

Kring….kring…Kring…

“Assalamualaikum kak, Hanis ajak adik-adik datang bilik je la”

“eh,eh kenapa kan dah janji nak jumpa dekat masjid”

“adik-adik tu berpegang bila period tak boleh masuk masjid, kita raikkan diorang kak macam mazhab syafie yang tak baca qunut waktu solat subuh kat tempat mazhab lain. Lagipun akak tengah heavy dan ada period pain pulak kan?”

“Terserah kamu, permudahkan jangan engkau susahkan. Hanis baru habis kelas kan? Lepas ni pergi mana?”

“Hanis nak singgah pasar kak, Akak nak kirim apa-apa?”

“Boleh minta tolong belikan keropok lekor”

“Insyaallah beres, Sebelum Maghrib sampai dekat bilik akak dengan adik-adik, assalamualaikum”.

“waalaikumusalam warahmatullah” Izzah menjawab salam.

Tok..tok..pintu diketuk tanpa salam

“ Er… masuk lah…eh kamu Darwina ” Izzah terkejut.

“ Ha ah akak, eh kak Farah mana?” Darwina bertanya.

“katanya nak pergi jogging , kamu tak ikut ker?”

“ Ada pekara yang saya nak bual panjang dengan akak sebenarnya. Memang petang ni janji nak jumpa kak Farah tapi pukul 3 petang tadi dia batalkan “

“Kamu ada masalah?”

“ tidak kak tapi akak macam keletihan, kalau akak izinkan biar saya urut kepala akak “

“ada upah darwina?”

“Yup, akak kene datang dekat tepi tasik tempat akak dengan kak yati selalu lepak boleh? Tapi akak dengan saya je la. Kita makan tengah hari sama-sama esok”

“Insyaallah adik,kalau taka da Musyaqah akak turun.”

Izzah terlena diurut kepalanya oleh Darwina.

“Kak, Kak,…o..kak Izzah ape ni dia larang Orang tido lepas Asar dia tidur dah nak masuk waktu Maghrib sangat-sangat ni. ’’

“Astghafirullahallazim, ..kamu nis, mana Darwina?”

“Darwina dah balik kak, dia tinggalkan nota atas meja akak. Hanis masuk pun main redah je sebab bagi salam berkali-kali. Phone akak tu berbunyi tapi tak berangkat .hurmm…”

“ Maad Hanis akak sakit sangat perut ni kepala akak pun. Kejap ea kamu solat dulu. Adik-adik mana?”

“Katanya hanya dapat datang lepas Isyak kak ada Induction fakulti diorang pulak ”

“kamu dah solat?”

“ belum, pinjam telekung nya ya kak,tapi belum waktu lagi saya dah berwuduk ni sebelum kejut akak”

Tit…tit..tit….

Inbox(1)

As-salam, tolong forward pada muslimat malam ni ada meeting kat tempat biasa.

‘’Kenapa Hanis” Izzah bertanya pada Hanis seperti binggung

“Er tak pe kak, akak rehat dulu, malam ni Hanis rasa tak dapat buat Liqa. Kita ajak adik-adik tu buat Liqa nanti ye. Tiba-tiba pulak Hanis ada hal penting.”

AZAN…..

Mereka menghentikan perbualan. Hanis menunaikan solat sejurus habis azan berkumandang. Izzah baring kembali. Dia merasa loya. Dia terus mencapai tudung kecilnya dan berlari ke tandas.

Muka Izzah pucat. Izzah masuk ke dalam bilik kembali dan mencapai baju yang hendak dipakai serta pekakas mandi. Dia tidak mahu Hanis melihat wajahnya yang pucat. Dia pantas berjalan kembali ke tandas untuk mandi sementara Hanis masih mabuk menikmati indahnya solat.

Selesai mandi Izzah melihat wajahnya dicermin. Wajahnya yang tadi kelihatan pucat sudah kembali sedikit segar. Dia kembali ke bilik.

“ Eh akak, mandi nak kemana ni?”

“ kamu ni tanya soalan yang pelik-pelik, asal akak mandi nak pergi berjalan la ea?”

“akak kan malas mandi”

“eii..tak nak cakap dengan kamu” sambil pipi halus Hanis dicubit.

“Ouch, akak sakit la. Hurm saya dah mesej adik-adik. Nak suruh akak gantikan akak sakit. Jangan kemana-mana tau!” Rehat lah ea.
Hanis meminta diri dalam keadaan tergesa-gesa. Agak lama Izzah menghabiskan masa untuk mandi jama menunjukkan pukul 8.15malam.

Izzah melihat telifon bimbitnya

Inbox(1)

Amir Biro

“ assalamualaikum., kak malam ni ada meeting. Kenapa tak mesej ahli? Sharp pukul 8.30 malam.kat tempat biasa”

“eh pelik, kenapa Hanis tak mesej aku?”
Izzah menyarung jubah dan tudung labuhnya. Pantas dia bergerak mencari kunci. Telefon bimbitnya dicapai.

New message

“akak ada bawak kunci tak? Saya tinggalkan dekat Sue bilik sebelah ea. Malam ni ada meeting saya balik lambat sedikit”

Izzah mempercepatkan langkahnya menuju ke masjid al-Hikmah.

Didewan muslimat Izzah mengintai disebalik dinding.

“ Masyaallah dah ramai. Astaghafirullah aku lupa bawa file”

Izzah menghayun langkah lemah dan longlai. Tiba-tiba dia merasakan lengannya dipegang.

“Eh Hanis, kenapa kamu lambat? Kenapa tak bagitahu akak malam ni ada meeting? Nie pun amir akak mesejkan tau”

“ Nanti saya bagi tahu. Urm jom kak kita dah lambat. akak ok kan? Kalau tak takkan sampai sini.”

Izzah mengangguk. Mereka menghayun langkah. Semua ahli memandang. Tiba-tiba Yang Dipertua Persatuan datang menghampiri. Inilah yang paling tidak disukai izzah dan Hanis. Mereka terdiam dan berhenti menghayun langkah. Ibwan Suhaide berdiri dihadapan kedua mereka. Hanya berjarak dua langkah.

“Assalamualaikum, kenapa lambat? Dan kamu Hanis selaku Majlis Tertinggi inikah contoh terbaik kamu? Atau kamu punya alasan kenapa kamu lambat”

“er sebenarnya..” percakapan Izzah dipotong.

“waalaikumusalam, er.. maksud kak Izzah tadi saya minta maaf sebab kak Izzah tadi tunggu saya terlambat. Saya minta maaf pada semua. Kak Izzah awal tadi.”

“ hurm tak pe, lain kali jangan ditunggu si Hanis ni. Akak datang je awal. Dia memang suka lambat .” Sambil tersengih.

Hilang krediabiliti seorang pemimpin dimata mereka berdua. Tak serius ketika berhadapan dengan lawanan jantina. Muka Izzah berubah, Hanis berbisik pada Izzah.

“ Akak kawal muka tu, Nampak ketat sangat tu’

“ owh ye? Akak minta maaf”

Mereka berdua memilih untuk duduk belakang muslimat yang lain di meeting seakan study circle yang berdepan lelaki dan perempuan. Malam meeting sangat menyakitkan hati Izzah. Meeting last minute itu hanya diisi dengan gelak tawa muslimat akan lawak muslimin. Apa yang dibincangkan padanya tidak lah begitu serius yang perlu menghabis kan masa untuk dibuat mesyuarat. Sifar Ibrah namun hal kerja masih belum punya keputusan. Izzah mengajak Hanis pulang. Jam menunjukkan lewat pukul 12.15 pagi.

Sepanjang perjalanan menuju ke kolej masing-masing mendiamkan diri. Izzah teringat akan perjalanannya ketika awal mula sem ke kuala Lumpur menghadiri Qiam Perdana Di UIA Gombak. Kak Sarah yang dikenalinya itu banyak berkongsi perihal persatuan. Tidak ada meeting selepas pukul 11.00 malam. Izzah menjadi ingat pada kak Nisa yang ditemunya di Khaulah Centre. Kedua kakak-kakak yang dikenalinya itu punya satu persamaaan. Mereka Graduan dari UIA. Kedua nya memperkatakan hal yang sama Juga dalam mesyuarat persatuan membataskan jarak antara muslimin dan muslimat. Dia jadi ingat pada Farihah. Sahabatnya itu menuntut di tahun Tiga UTM yang menuntunnya kembali ke jalan pulang. Dijaga jarak ketika bermesyuarat dan mereka diawasi oleh penasihat yang sudah berkahwin. Air mata bergenang.

“ Akak kenapa?”

“ Er tak der paper, mata masuk habuk la Hanis. Hurm kenapa tak mesej akak fasal mesyuarat tu? Kenapa tak berterus-terang tadi dengan akh tu? ” Izzah bertanya.

“ Muka akak pucat, Saya tahu akak sakit..akak rehat dulu ea”. Hanis mematikan solan Izzah dengan berpura-pura tidak mendengar.

Mereka beransur pulang. Izzah melangkah laju apabila teringatkan janji temunya dengan Darwina esokkan harinya.

“Assalamualaikum, kak”…Darwina manis sekali berjubah dan bertudung labuh ditemani Aisyah.

“waalaikumusalam, eh…Aisyah pun ada?” Izzah pantas mengambil talam yang dipinjamnya dimasjid. Dia meletakkan nasi yang dibungkus berserta lauk-pauk yang dibelinya tadi. Makanan Aisyah diletakkan sekali. Seakan-akan nasi ambeng apabila mee goring yang dibeli Aisyah dicampur sekali. Mereka menikmati makanan tengah hari sambil dihidangkan pemandangan tasik tun Fatimah yang menyejukkan mata memandang. Darwina membaca doa makan. Tidak seperti lazimnya jika makan dibilik. Ketiga-tiga mereka tidak makan bersuap. Kata Murabbiah Izzah ,kak Humairah masih jelas,

“kalau makan bersuap tempat orang lalu-lalang atau pun depan muslimin tak manis dipandang.”

“betul tu Izzah kalau akak pun akak tak suka, sebelum akak kenal orang macam korang, waktu diorang buat macam tu akak nampak macam gedik je” Kak Farah menambah.

“Alhamdulillah, perut pun dah kenyang, nanti lagi sejam akan masuk waktu zohor, kamu nak lepak sini atau nak ke mana ?” Izzah betanya pada Darwina.

“Dekat sini je la kak, lagi pun Aisyah ada kelas.” Darwina menjawab pendek.

“Baiklah,”Izzah tersenyum terus.

“ Akak pernah kata Cinta dan keinginan untuk memiliki itu berbeda tapi saya keliru kalau dah cinta mestilah nak dengan dia, nak dekat dengan dia, so apa bezanya ” Aisyah bertanya pada Izzah.

Aisyah tergelak kecil. Masakan tidak, Kedatangan Darwina seolah-olah membawa pekara yang terlalu besar semalam. Rupa-rupanya hal ini mereka masih tidak faham. Aisyah mengakui khilafnya berbicara tentang cinta. Dia masih cetek pengalaman bila bicara tentang cinta.

“ Adik akak tak arif bila bicara tentang cinta, tapi kamu kena ingat sesuatu, keinginan untuk memiliki itu kerana kita ingin puaskan kehendak. Manakala cinta itu pula kamu memberi tapi walau tidak dibalas kamu tetap rasa bahagia memberi dengan setulus hati dan sudah pasti itu kerana Ilahi. Kerana Manusia itu fitrahnya berkehendakkan redha Allah.” Izzah menerangkan lagi.

“maksud akak? Darwina seperti menagih penjelasan yang lebih jelas.

“Contoh nye, Seorang lelaki menemani perempuan yang disayanginya berbelanja, kerana sayang dia akan belikan apa sahaja permintaan perempuan tu asalkan perempuan itu tidak tinggalkan dia. Kerana apa? Kerana perempuan itu adalah kehendaknya. Nafsunya tidak akan memperdulikan apakah permintaan itu berlebihan atau tidak. Asalkan dia merasa puas .”

“ Jika mencintai pula, ada seorang lelaki ini suka pada perempuan tu. Dia akan memaksikan kecintaan tu semata-mata kerana Allah. Aspek halal dan haram akan diambil kira. Kerana apa? Kerana rasa cinta itu tak pernah membinasakan tapi nafsu lah yang selalu mengelirukan. Dia sangat takut andai perasaan itu menghanyutkan dia dari cinta Allah. Dan jika tidak berkemampuan untuk mendekati wanita itu secara halal( nikah) dia akan mencegah dengan beribadah , berusaha dan pasrah boleh jadi wanita yang disukainya akan dipinang oleh orang lain” Izzah menghela nafas. Dia menarik kembali nafas nya dalam-dalam dan ketika menghembus dia memejamkan mata dan menyebut Allah secara perlahan agar hati mampu merasa ketenangan menyebut kalimah agung. Lalu dia menyambung bicaranya setelah Darwina dan Aisyak kelihatan khusyuk.

“Cinta tidak akan pernah membinasakan, tapi keinginan untuk memiliki itu yang akan membinasakan kerana ia adalah nafsu. Dah banyak sangat remaja-remaja hari ni tertipu antara cinta dan keinginan untuk memiliki. Ada yang sanggup gadaikan maruah takut kekasih yang suruh buktikan cinta dengan menyerah tubuh lari. Inikah cinta?” Izzah bertanya.

Aisyah mengeleng laju seperti anak kecil.

“menghabis kan wang belanja semata-mata takut kekasih lari inikah cinta?” Izzah membangkitkan persoalan.

Jika cinta kita akan redha,

Jika cinta kita akan gembira,

Jika cinta mana mungkin hati kan sengsara,

Jika cinta iman semakin mekar berbunga,

Jika cinta jiwa diserahkan semata kerana-Nya,

Jika cinta pekara yang buruk dan baik itu jelas pada mata,

Jika cinta hati akan sentiasa bersedia,

Jika cinta dugaan yang mendatang mematangkan jiwa,

Jika cinta halal dan haram akan diambil kira,

Kerana jika cinta igin dikekalkan hingga kesyurga sana,

Demikianlah hakikat cinta..

Aisyah kelihatan terpana. Darwina menutup mulutnya yang ternganga. Puisi spontan dari Izzah sekaligus menjawb persoalan mereka. Aisyah jadi malu. Darwina tersenyum menganguk tanda memahami.

Izzah merasa syukur sekali. Ingatan dari sahabatnya Hanis agar membaca doa sebelum berbicara itu ternyata membangkitkan keyakinan itu Izzah berbicara. Doa ketika Nabi Musa melontarka Hujah kepada Firaun kini menjadi amalannya.

SURAL AL-ANFAL [8:29] "WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN ! JIKA KAMU BERTAQWA KEPADA ALLAH, NISCAYA DIA AKAN MEMBERIKAN FURQAN (KEMAMPUAN MEMBEZAKAN YANG HAK DAN YANG BATIL) KEPADAMU DAN MENGHAPUS SEGALA KESALAHANMU DAN MENGAMPUNI (DOSA-DOSA)MU. ALLAH MEMILIKI KURNIA YANG BESAR”

Izzah memberikan penanda buku yang mengandungi ayat 29 surah al-anfal . Di hatinya itu sentiasa melafazkan rasa syukur dan pengharapan agar Aisyah dan Darwina akan menjadi insan yang hebat dimuka bumi Allah ini. Izzah sentiasa mengingatkan dirinya agar tidak terlalu memaksa adik mutarrabinya menerima pandangannya. Kerana jauh disudut hatinya..islam itu indah dan mereka akan mendekati islam itu kerana islam itu agama yang indah seperti mana kedamaian hatinya melafaz kalamullah.

1 ulasan:

  1. Tahniah, ana kagum dengn penulisanyew.. teruskan berusaha kak;)

    BalasPadam