Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Ahad, 29 April 2012

ALLAH MEBANGUNKAN DARI TERJATUH...

Aku merinduiMu dalam kemaksiatan, Aku leka dalam ketaatan, Siapa aku untuk menilai, kerana Kau Maha Mengetahui hatiku,.... "Kita datang kesini kerana telah dipilih. Anti dari Degree, ana diploma. Lihat ..Allah pilih kita ada hikmahnya. Ada yang perlu kita ubah. " Suara Seri kanddi umar bergetar. "Benar ana setuju, kita perlu tegas dalam menagakkkan agama." Seri kandi Abu Bakar mengangguk. Pertemuan setelah malam rocall berlalu. Seri Kandi Umar termenung memandang syiling. Wajah akhowat kesayangan di Uitm Lendu Melaka begitu memanggil . Namun jentikan perasaan diusik membantutkan selera merindukan akhowat disana. Persoalan bila ingin kahwin sangat sensitif biarpun umur nya diketika itu baru mencecah 24 tahun. "Ukhty, ana rindu nak makan nasi minya" Farhana mengusik. Serikandi Umar hanya tersenyum, namun jauh disudut hati persoalan itu sangat menyentap-nyentap ruanagan hati yang terbiar sunyi tanpa pernah diisi siapa pun. Seboleh mungkin hatinya itu hanya ingin diisi siapa yang meminangnya dengan bismillah, berakad nikahkan selawat ke atas baginda Nabi s.a.w sebayak sepuluh kali seperti mahar dari ayahnda Adam kepada ibunda Hawa. Titt..tit…tit… “boleh awak panggil saya abang? saya panggil awak sayang?" SENDER:RIZZ "saya minta maaf, memang kita couple tapi sebolehnya saya ingin awak bimbing saya. simpan panggilan tu untuk isteri awak" REPLY:ME Titt..tit..tit.. "Same je la macam kawan biasa. saya tak rasa pun macam couple dengan awak. bukan buat pape pun panggil je." SENDER :RIZZ "belum tentu kita nikah kan? saya nak pelihara hubungan ni nak elak mendekati zina." REPLY:ME Titt..tit..tit.. "Habis tu macam ni bukan mendekati zina ke?" SENDER :RIZZ "Kalau macam tu susah nak faham awak kita clash sekarang!" REPLY :ME Titt..tit..tit "OK, ok..sikit-sikit ugut. ok kita just jumpa tak perlu bersayang-sayang saya tak paksa awak." SENDER :RIZZ Serikandi Umar tersenyum. Kerana kebodohannya tujuh tahun dahulu dia menghampiri zina dengan menerima ajakkan lelaki asing disuatu program untuk bercouple, hanya ingin merasai kegilaan bercouple. Jauh disudut hati imannya merona malu. Namun secebis rasa malu menyelamatkan dirinya dari terus hanyut. Hubungan yang terjalin sebelum mencecah usia sebulan itu terputus apabila Serikandi Umar bungkam diajak keluar. Teryata dia bukan mudah dipermain kan Rizz. Titt..tit..tit.. " KIta jadi kawan je la. Awak macam takut sangat nak bercinta atau awak ada orang lain? saya call awak tak nak angkat. Ada je alasan awak. Saya ajak jumpa awak tak nak? pelik la awak ni." SENDER: RIZZ "Saya doakan awak jumpa orang lebih baik. Tak pe, saya tenang begini. saya tak nak semua ni even jadi kawan awak pun. Lupakan saya" REPLY:ME Titt..titt..tit "Tak yah nak buat ayat sedih la.kalau aku kata kawan, kawan je la. Engkau ni tak dapat terima hakikat ke? SENDER : RIZZ Seri kandi Umar masih tidak lupa bagaimana usaha dia menghapuskan Rizz dari sejarah silamnya bersama walaupun maksiat disulam indah seiring waktu berlalu. sejurus mesej terakhir dari Rizz di terima, kad sim menghubungi Rizz di flush ke Toilet. Freindster dan alamat e-mail dihapus, Serikandi Umar benar-benar ingin menghapuskan sekeping nama yang pernah mencalarkan pendiriannya suatu ketika dahulu. Dia benar-benar jijik akan perbuatannya. Serikandu Umar sujud syukur. Dia tidak begitu kecewa saat hubungan bersama Rizz hanya sekadar disitu. Keyakinan yang dipasak oleh Umamah menguatkan hatinya lagi. Cinta manusia tidak begitu menyakitkan andai pengharapan terhadap cinta Allah itu lebih melebar. Namun lewat usianya saat ini mengetarkan hatinya untuk menikah. "Teran, teran....' Wad labaour room begitu bising dengan teriakan jururawat. Namun tangisan bayi dan lafaz kesyukuran ibu menyambut bayi menjadi pengubat ketiadaan usrah di Kolejnya. Apatah lagi usrah spontan kes kematian sangat memberi kesan. Cinta yang diharapkan oleh wanita dari insan bergelar lelaki terhapus dalam kamus hidup seri kandi Umar semenjak putus dengan Rizz . Setelah terjatuh Allah membangunkannya dari lena. Dia memahami erti menyintai kerana Allah. to be continue.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan