Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 11 Mei 2012

sendiri

Bismillahirahmanirahim...... ku mulakan ukiran hati bersentuhkan kerinduan tauhid yang telah lama aku tinggalkan. Benar mimpiku disaat istikharahku suatu ketika dulu. sampan yang stabil aku kemudi dengan berat hati ku tinggalkan untuk memijak pada talam yang penuh dengan emas. Namun disaat ku pijak aku tenggelam separuh badan. Aku kepenatan, Ya Allah...aku mula merasa akan kepenatan. Dugaanmu semakin melemahkan. Sumber kekuatan ku hanya pada Mu satu namun sudah ramai yang mengundur diri mengingatkan. aku jadi buntu. Disaat ini tidak ada yang memahami. Aku benar-benar sunyi dari kehadiran insan yang sudi mengisi ruang hati yang ku penuhi dengan ukhuwah suatu ketika dahulu. Apakah salah aku rapat dengan insan yang bukan sedarah sedaging? Allah, Allah, Allah....aku rindu pada Mu Allah, Aku rindu pada malam -malam mengingatiMu tanpa merasa lemah. Namun kau jadikan aku merindui mereka keranaMu. Berjemaah bersama, mendengar liqa' bersama. Bermusafir bersama, mengembirakan hati sahabat bersama. Nikmat apa yang aku perlu dustakan.?Andai tidak layak ku miliki seorang sahabat, Ku pinta padamu...Bebaskanlah hatiku dari merindukan sesiapa pun selainMu dan syahid matlamatku agar tidak ada ruang lagi untuk mata ku ni mengalirkan air mata kerinduan. Mata ku yang selalu kemerehan menjadi fitnah bagiku Ya Rabbi. Aku menangis merindukan sahabat yang dapat berdiri denganku membina barisan kukuh mempertahankan agamaMu. Tidak ada yang kekal namun sinar kegembiraan itu sentiasa ku harapkan agar dapat menemaniku. sunnah kehidupan ketika bersedih. Mungkin Allah ingin menyedarkan aku dari lena yang panjang. Namun aku tetap yakin ada nya sahabat sejati seperti adanya Abu BAkar untuk Rasulullah s.a.w. Tidak perlu mengharap namun tak salah menjadi namun aku sangat kerdil untuk menyamai mereka yang penuh dengan karamah. Aku hanya manusia biasa yang selalu khilaf. Aku mampu betah disini selama lima bulan. Waktu itu sudah cukup membuktikan aku mampu pergi lebih jauh hanya dengan kesabaran yang ku pupuk hari demi hari. Biarlah sesiapa pun yang meninggalkan. Hatiku dicuit dengan rasa bimbang. Namun aku tahu Allah menamparku dengan tamparan MAha lembut untuk menyedarkan ku bahawasanya Dia sangat cemburu disaat rinduku padaNya mula berkurang. Biarlah RAmai yang membenci. Namun asbab agama akan menjadikan aku cekal. Ku yakini Ya Allah hari demi hari Kau mengajarku erti syukur masih bernafas berpeluang menghirup udara cinta bertauhidkan Mu. Semakin ku benci duniawi yang dikejari. Aku ingin sekali melamar hati yang sudi berjuang mempertahankan syahadah di akhir zaman. Hati yang yang mungkin pernah terjajah selumbar nafsu, namun dirawat dengan mutiara iman. Aku bukan wanita cantik yang menajadi rebutan, namun ku tahu disyurga nanti keindahan yang Kau janjikan akan Kau pamerkan andai aku berusaha menanamkan hasratku meminang kedudukkan itu dari sekarang. Kesunyian bertandang disaat hati rapuh. Syahid mengharapkan kemulian yang menjadi idaman insan yang beriman sangat mendebarkan. Paluan gendang mengiramakan semangat yang semakin berkobar-kobar. Biarpun pada zahirnya nampak tenang. Namun perang hati sudah lama dimulakan. Cuma tersedar saat hati dicalari azab sentuhan kasih seorang sahabat yang menjauh entah mengapa. Kesibukkan ini perlu bermula, siapa pun datang merobohkan dia sedang mencabar untuk ku perangi dirinya habis-habisan. Andai langit dan bumi ini perlu dipertaruhkan untuk mendapatkan kehandak itu. Akan aku pertaruhkan. Kerana memang aku diciptan untuk Itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan