Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Khamis, 19 Julai 2012

Ramadha ini.........

Assalamualaikum... ku mulakan ukiran pena ku yang kini ku rasakan seperti mengukir calar di kulitku sendiri. Berdarah, namun luka dihati insan yang tidak kukuh sepertiku mudah sembuh ...kalamullah. Mulai sem kedua, aku mentatih diriku agar tidak memusuhi siapapun namun aku gagal. Allah menguji perasaan yang cuba aku usahakan sejak sem satu. Demi Allah amat sukar ku bina kebahagian di tempat yang tiada penghayatan islam bahkan aku sendiri terlarut di kejahilan akhir zaman yang melanpau. Hakikatnya aku ingin kembali menjadi aku yang dulu. Mengislamkan setiap yang aku pelajari, setiap yang aku jejaki, setiap yang aku jalani dan setiap yang aku perhati. Aku ingin mengislamkan ilmu perubatan bersandarkan kejururawatan ini namun ia amat sukar tidak seperti masccom yang boleh ku bawa haluan sendiri sesuai dengan seni hatiku. Benar, buat baik berpada-pada. Aku bukan mendendami orang yang menginayaiku....tapi aku cuma mahu dibela dan mempertahankan diriku. Demi Allah juga aku sedar Allah ingin mengajarkan aku sesuatu ..erti perjuangan berhadapan dengan si kafir yang cuba menjahanamkan aku bermula dengan layanan baik seorang yang kononnya sahabat dikala susah dan senang. Aku bertemu dengan cabaran yang indah yang jika tidak ku senikan hatiku dengan bisikan motivasi bahkan kini aku akan hancur rebah tak berdaya.Masih teringat aku dan sahabat sefikrah yang mula menganggotai aktivis da'awah. Disaat huluran tangan dari senior yang tidak perihatin menyambut mengajak ..kami pasrah. MAsing-masing hati sangat ingin sekali menjamah rasa persaudaraan, rasa keseronokkan berukhuwah bahkan perihatinan seorang naqibah kepada mad'unya....jujur... masa terus berlalu seiring waktu. Disana belum lagi aku dipertemukan dengan orang yang hanya mengunakan orang lain untuk kepentingan peribadi. Dan Alhamdulillah Allah menemukan aku dengan orang yang begini kini . Cuma hati perit untuk menyembunyikan lalu menjadi lahar yang memuntahkan api kemarahan disaat ku jamah daging saudara sendiri kerana kurang sabarku. Dimanakan seorang Nurul Jannah dahulu???kakak usrah yang adik-adik panggil dan gelarkan aku walaupun perkongsian dan hanya lapangan masa ku kongsikan bersama. Aku jadi begitu malu. Allah begitu menyanyangi lalu menguji. Demi redha Allah yang ku kejar bermula dengan keperitan yang ku rasakan ku harap agar mulai RAmadhan ini, segala amarah dengan mereka jika terluah padaku aku menjadi pendengar setia yang melegakan hati insan yang hatinya terbakar dek api kemarahan. Dan padaku biarlah rasa amarah itu menjadi rasa sepeti perkhabaran di angin lalu dan tidak punya makna. Aku begitu letih melayani ketidak matangan insan yang suka menganiayai orang kerana mereka itu buta dan pekak pada penghayatan islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan